Berita UtamaUncategorized

Trafik perlahan dari Pantai Timur menuju ibu negara

KUALA LUMPUR1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke ibu negara malam ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan pada hari kedua cuti Tahun Baharu Cina hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik perlahan sejauh kira-kira 10 kilometer (km) selepas Terowong Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.

Laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad pula berkata di selatan, trafik bergerak perlahan dari Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson dan Machap ke Kulai. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close