Berita Utama

Tak perlu PRK Paya Besar: SPR

Kekosongan melepasi tempoh kurang 2 tahun sebelum Parlimen dibubar

PUTRAJAYA, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abdul Manan Ismail, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata, ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan memandangkan waktu terdapatnya kekosongan luar jangka itu berlaku telah melepasi tempoh kurang daripada dua tahun sebelum Parlimen dibubarkan.

“Maka kekosongan luar jangkaan itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu SPR secara bertulis akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, beliau telah menerima surat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat semalam.

Abdul Manan, 70, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur Isnin lepas (12 Feb) akibat serangan jantung. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close