Amerika SyarikatDuniaUtama

(DIKEMASKINI) 17 maut pelajar serang sekolah di Amerika

Bekas pelajar guna raifal AR lepaskan tembakan rambang

FLORIDA (AMERIKA SYARIKAT), 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 17 disahkan terbunuh, selepas seorang bekas pelajar melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di Parkland, 72 kilometer ke utara Miami, pagi tadi, sebelum dia ditangkap.

Mangsa terdiri daripada pelajar dan orang dewasa, kata pegawai polis yang mengesahkan penyerang menggunakan raifal AR. 

Dua belas mangsa terbunuh di dalam kawasan sekolah; dua di luar sekolah; seorang di jalan raya; dan dua meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital. Sesetengah mangsa sedang menjalani pembedahan, kata Sherif Broward, Scott Israel.

Pihak polis berkata, penyerang itu dikenal pasti sebagai Nicolas Cruz, 19 tahun. Dia ditangkap kira-kira sejam kemudian ketika cuba melarikan diri ke kawasan kejiranan berhampiran.

Serangan berlaku di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, menyebabkan ratusan pelajar panik dan bertempiaran lari di jalan raya, sementara puluhan anggota polis dan perkhidmatan kecemasan mula mengepung kawasan itu.

“Terdapat banyak kematian. Kejadian ini mengerikan,” kata Superintendan Robert Runcie.

Empat belas mangsa yang cedera dihantar ke hospital, sementara gerakan mencari pelajar lain masih diteruskan.

Kejadian tembakan ini adalah yang ke 18 berlaku di seluruh Amerika Syarikat (AS) tahun ini. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close