Berita Utama

Tiga ‘Datuk’ ditahan tipu pelaburan forex RM6.2 juta

KUALA LUMPUR, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Polis menahan tiga lelaki bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan forex atau dikenali sebagai Fx United.

Ketiga-tiga suspek ditahan dalam empat serbuan serentak di sekitar ibu negara.

Mereka dipercayai menipu orang ramai membabitkan kerugian bernilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komerisal (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya menerima 116 laporan dan telah membuka 30 kertas siasatan.

Bagaimanapun katanya, dijangka lebih 70,000 individu telah menjadi mangsa dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 bilion.

Dalam serbuan yang dilakukan, polis telah merampas beberapa barangan mewah milik ketiga-tiga suspek.

“Antaranya 13 kereta pelbagai jenis, tiga buah motosikal, 10 ketul emas dan pelbagai jam serta beg tangan berjenama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara 238 di sini hari ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close