Berita Utama

Sebar gambar pelajar maut terkena bilah pisau menyalahi undang-undang

BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada orang ramai supaya menghentikan penularan gambar pelajar Tingkatan Dua yang meninggal dunia selepas kepalanya terkena bilah mesin rumput, semalam.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, tindakan menular gambar mangsa adalah menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebar, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar berkenaan.

“Mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, pelajar sekolah itu Nur Afini Roslan, 14, maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting mengenai kepalanya.

Dua lagi pelajar, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera di bahagian belakang kepala dan Abdullah Hazlan, 14, cedera pada bahagian telinga kanan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close