Berita UtamaUtama

KPM perlu pastikan sekolah adalah kawasan selamat

 

KUALA LUMPUR, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneliti isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam semua aspek bagi memastikan sekolah adalah kawasan selamat untuk pelajar, guru serta kakitangan lain.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, keselamatan di beberapa lokasi antaranya makmal, bengkel, padang sekolah, bilik darjah, kantin dan asrama selain pendawaian serta peralatan elektrik perlu ditekankan memandangkan guru tiada kemahiran atau arahan untuk membaiki peralatan berkenaan.

“Sehubungan itu, NUTP mahu semua pihak agar meningkatkan kesedaran berpandukan Buku Panduan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah di Seksyen 15, 16, 17 atau 18, Akta KKP 1994,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan baru-baru ini berkata, kerja pemotongan rumput di padang sekolah tidak wajar dilaksanakan semasa pelajar sedang melakukan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.

Mengulas lanjut, Tan berkata, saranan Kamalanathan itu sekali gus dapat mengelak insiden yang tidak diingini daripada berulang di masa hadapan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pelajar perempuan di Gemas, Negeri Sembilan yang maut kerana terkena bilah pisau traktor mesin rumput semalam ketika berada di padang sekolahnya. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close