Berita UtamaPalestinUtama

Klinik bergerak sumbangan rakyat Malaysia dilancar

Pejuang Palestin dapat manfaat klinik perubatan Aman Palestin

BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Hasil sumbangan rakyat Malaysia berjumlah AS$43,650 (kira-kira RM171,160), Aman Palestin membukan ‘Klinik Perubatan Bergerak’ yang memanfaatkan hampir 500 pejuang Palestin yang cedera dan kurang upaya.

Pelaksanaan projek itu turut dibantu Assalama Charitable Association yang menjadi rakan kerjasama, kata Aman Palestin, hari ini.

Klinik Perubatan Bergerak ini dilengkapi dengan pelbagai barangan perubatan, selain menyediakan perkhidmatan pergigian, perubatan am dan kejururawatan.

Aman Palestin berkata, operasi klinik ini ialah dengan mengunjungi rumah pejuang Palestin yang cedera serta ke kawasan terpencil yang jauh dari pusat perubatan.

Rawatan diberikan di Klinik Perubatan Bergerak Aman Palestin yang dilancarkan hasil sumbangan rakyat Malaysia. – Gambar Aman Palestin

Bagi memastikan klinik perubatan itu beroperasi secara sistematik, penjadualan dilakukan agar lawatan harian dapat dilaksanakan di Semenanjung Gaza, kata kenyataan itu.

Akaun sumbangan Aman Palestin

Projek ini adalah salah satu inisiatif untuk meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan tentera rejim Zionis Israel. 

Semoga projek ini mampu memberi manfaat kepada seluruh rakyat Palestin yang kini sedang berdepan ancaman kekurangan bekalan elektrik, yang memberi kesan kepada pusat perubatan di Semenanjung Gaza.

Rabu lalu, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan penggantungan operasi 16 hospital dan pusat kesihatan di seluruh Semenanjung Gaza, berikutan kekurangan bekalan elektrik dan minyak.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf Al-Qidra berkata, penjana elektrik di tiga lagi pusat kesihatan di Gaza juga sudah terhenti menyebabkan operasi rawatan terpaksa dihentikan.

16 hospital, pusat kesihatan di Gaza kurang elektrik, minyak ditutup

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close