Dr Norzila BaharinKolumnis

Kasih sayang mengikut syariat

VIDEO ini menunjukkan sedikit sejarah ringkas tentang sambutan Hari Valentine yang disambut di merata dunia.
Ia sebenarnya ‘pagan holiday’ yang disambut oleh orang Rom dahulu dan tiada kena mengena dengan cinta antara pemuda dan pemudi.

Dikatakan bahawa pada 14 Februari 270 AD, di era Kristian, seorang uskup (bishop) bernama Valentine cuba untuk membantu askar-askar Rom yang tidak dibenarkan berkahwin kerana dikhuatiri menggangu tugas-tugas ketenteraan mereka. Akibatnya, Valentine telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Maharaja Rom dan akhirnya dipancung kepalanya. Maka, tersebarlah cerita-cerita dongeng di mana antara ceritanya ialah beliau telah membantu seorang gadis muda berkahwin dan gadis ini telah menulis surat “To my Valentine

Justeru, tiada asas untuk menyambut hari kekasih ini terutama di kalangan umat Islam. Sentiasalah bersyukur mendapat nikmat Islam dan tunjukkan serta buktikan kasih sayang berpandukan syariat Islam iaitu mengutamakan Allah dan RasulNya diikuti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, ikhwah akhwat dan saudara mara.

Di kala meningkatnya kes-kes penderaan dan pengabaian terutama terhadap bayi, kanak-kanak, warga tua dan pembantu rumah asing serta haiwan, semarakkan kasih sayang, belas kasihan dan ihsan sesama makhluk demi kesejahteraan dan kebahagiaan ummah.

Jalankanlah tanggungjawab kita masing-masing dengan baik dan sempurna. Sebagai ibu bapa, tunaikan amanah Allah untuk mengasihi dan mendidik anak. Sebagai anak, jalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa, manakala sebagai suami atau isteri, binalah rumahtangga dakwah. Sebagai jiran, prihatinlah terhadap jiran dan anak-anaknya, dan sebagai anggota masyarakat, pastikan masyarakat kita sihat dan sejahtera. Akhirnya, sebagai rakyat, undilah pemimpin yang berwibawa dan bermanfaat serta sumbangkan tenaga, kemahiran dan ilmu demi memajukan negara.

Janganlah menurut kehendak hawa nafsu dengan menyerahkan mahkota maruah diri untuk melambangkan cinta, buangkan sifat-sifat keji dan dendam, leraikan permusuhan dan persengketaan dan tingkatkanlah keimanan dan kesatuan.

Motivasi diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam akidah, ibadah, akhlak dan tanggungjawab demi mencapai kesempurnaan diri seorang Muslim. Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dengan mengabaikan ketaatan kepada Allah swt.

Berdoalah seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, berilah cinta-Mu padaku. Jadikanlah orang-orang yang mencintai-Mu mencintaiku. Jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kecintaan kepada-Mu“.

#hargainikmatislam
#kasihsayangikutsyariat

Dr Norzila binti Baharin
Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia Isma

History of Valentines Day

An eye opening history of Valentines Day. MUST WATCH!A Treatise on Hijab: https://goo.gl/u3isohVideo Source: https://goo.gl/G1Aj32#ValentinesDay #SaintValentine

Posted by Darussalam Publishers & Distributors on 13hb Februari 2018

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close