Berita UtamaUtama

Harga petrol turun sehingga 11 sen, diesel 12 sen

BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Harga runcit mingguan petrol bagi RON95 turun 10 sen, manakala RON97 sebanyak 11 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Menerusi harga terbaharu yang diumumkan sebentar tadi, harga bagi produk RON95 adalah RM2.23 seliter, berbanding RM2.33 seliter minggu lalu.

Produk RON97 pula dijual pada harga RM2.50 seliter, berbanding RM2.61 minggu lalu.

Sementara itu, harga diesel pula mencatat penurunan sebanyak 12 sen menjadikan RM2.19 seliter berbanding RM2.31 terdahulu.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 21 Februari depan.

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close