Berita UtamaUtama

Diplomat Israel di Malaysia bukti kerajaan tidak komited dalam isu Palestin

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci berkaitan hubungan sulit antara pegawai Malaysia dengan diplomat negara pengganas Israel, apabila dengan mudah meluluskan visa kemasukan pegawai Zionis ke negara ini.

Melahirkan rasa kecewanya, Exco Biro Perhubungan Antarabangsa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Muzzammil Ismail berkata, rakyat juga mahukan penjelasan berhubung pendirian dasar hubungan luar Kerajaan Malaysia-Israel.

Difahamkan, beberapa diplomat Israel berada di ibu negara selama seminggu, bagi menghadiri persidangan yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengakui kedatangan diplomat Zionis tidak membawa kepentingan langsung berhubung isu Palestin dan Israel, tetapi ia mengambarkan komitmen dan sokongan yang dicanangkan selama ini berkaitan isu Palestin hanyalah sekadar kenyataan bermusim dan tidak bertanggungjawab.

Sedangkan katanya, belum sampai sebulan ‘Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis’ dan ‘100K Munajat dan Solidariti Ummat Islam’ anjuran kerajaan untuk mengecam Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

“Kami dengan ini memberi kata dua dan menegaskan rasa kecewa ini melalui desakan penjelasan pendirian dasar hubungan luar Kerajaan Malaysia- Israel dan kenyataan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ini kerana kerajaan Malaysia melalui dasar luar negara kita tidak pernah mengiktiraf pendudukan Israel sebagai sebuah negara di Jerusalem Timur semenjak selepas perang 1967. Maka tiada istilah hubungan bilateral diplomatik antara Malaysia dan negara haram Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan diplomat kanan Israel itu diketuai bekas timbalan duta negara itu ke PBB, David Roet, bagi menghadiri World Urban Forum (WUF).

Roet menyifatkan suatu peristiwa bersejarah dalam mengetuai delegasi rasmi Kementerian Luar Israel bagi menghadiri WUF di Kuala Lumpur.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close