Berita UtamaUtama

Bersatu lancar tabung derma realisasi cita-cita jadi kerajaan baharu

 

 

PETALING JAYA, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan tabung derma bagi membantu gerak kerja parti menjadi kerajaan baharu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ianya salah satu inisiatif bagi memastikan cita-cita menggantikan BN tercapai.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk parti itu memohon sokongan dan kerjasama masyarakat.

“Tabung Derma itu diwujudkan bertujuan membantu gerak kerja parti yang sedang dan terus dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baharu terlaksana.

“Kita amat menghargai segala sumbangan yang diberikan. Diharapkan dengan sumbangan itu Bersatu dapat bergerak dengan lebih berkesan,” katanya.

Pelancaran itu disempurnakan oleh beliu pada sidang media di ibu pejabat Bersatu, sebentar tadi.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close