Berita UtamaUtama

Azmil Mustapha meninggal dunia

 

KUALA LUMPUR, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Pelakon yang suatu ketika dahulu popular dengan filem Ali Setan, Azmil Mustapha menghembuskan nafas terakhirnya, hari ini.

Allahyarham difahamkan meninggal dunia pada jam 1 tengah hari tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha, berkata, arwah meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.

Azmil sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas dan pernah dirawat di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung.

Ketika zaman kegemilangannya, Azmil membintangi banyak filem pecah panggung seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close