Berita UtamaUtama

Mahkamah benar permohonan batal saman pemula Hindraf terhadap Zakir Naik

 

KUALA LUMPUR, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Mahkamah Tinggi, di sini hari ini membenarkan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan empat yang lain membatalkan saman pemula terhadap pakar perbandingan agama terkenal, Dr Zakir Naik.

Saman yang difailkan pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waytha Moorthy bersama-sama 18 individu lain itu adalah bagi menuntut perisytiharan mahkamah bahawa Zakir Naik, merupakan suatu ancaman terhadap keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.

Bagaimanapun, Hakim Datin Azizah Nawawi memutuskan demikian selepas mendapati penceramah terbabit tidak dijadikan sebagai salah satu pihak dalam saman tersebut.

Dalam saman difailkan pada 1 Mac 2017, Waytha Moorthy bersama 18 yang lain terdiri daripada ahli politik, peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam permohonan itu, mereka menuntut perintah perisytiharan penceramah terkenal itu adalah ancaman terhadap ketenteraman rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dan perlu ditangkap serta-merta.

Mereka turut mendakwa Zakir menggalakkan keganasan, dihalang memasuki beberapa negara kerana disyaki bekerjasama dengan beberapa kumpulan pengganas selain memberi dorongan kepada warga asing yang berada di negara ini untuk mengganggu ketenteraman awam.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close