Berita UtamaUtama

Lapisan dinding mudah terbakar punca kebakaran bangunan KWSP

 

KUALA LUMPUR, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, hari ini berpunca daripada penggunaan lapisan luar bangunan yang mudah terbakar.

Memaklumkan perkara itu, Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, kebakaran itu tercetus berikutan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan penggunaan api di luar tingkat satu bangunan.

“Ada kerja-kerja yang menggunakan api dilakukan yang telah memulakan percikan api lantas membakar luar dinding bangunan.

“Ditambah dengan faktor cuaca yang panas dan berangin membuatkan api bertambah marak dengan cepat,” katanya dalam sidang media selepas kerja pemadaman selesai dilakukan.

Soiman berkata, kebakaran yang bermula pukul 11 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang korban nyawa.

“Lima peratus bangunan luar KWSP dari tingkat satu hingga enam terbakar dan tidak melibatkan bahagian dalam bangunan.

“Semua pekerja dan pelanggan selamat dan tiada yang terperangkap. Cuma asap sahaja yang masuk ke dalam bangunan,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close