Berita UtamaUtama

KWSP jamin maklumat ahli tak terjejas

 

BANGI, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahlinya tidak terjejas.

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam satu kenyataan terbaharu berkata, susulan kebakaran tengahari tadi, pejabat itu terpaksa ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak.

Katanya, Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.

“Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.

“Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula,” katanya.

Pada masa sama, ia berkata, mana-mana ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.

Ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close