Berita UtamaDuniaUtama

Diplomat Israel berada di Malaysia selama seminggu

 

KUALA LUMPUR, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Beberapa diplomat Israel baru-baru ini telah berada di Malaysia, bagi menghadiri persidangan selama seminggu di ibu negara.

Persidangan yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu telah mensyaratkan Malaysia supaya meluluskan visa kepada semua perwakilan, lapor The Times of Israel.

Pasukan diplomat kanan itu diketuai bekas timbalan duta negara itu ke PBB David Roet, bagi menghadiri World Urban Forum (WUF), yang berakhir pada hari ini.

“Roet memasuki Malaysia dengan pasport diplomatik Israel, mengambil bahagian dalam persidangan itu dengan wakil-wakil Israel yang lain dan juga bertemu dengan pegawai Malaysia,” kata Kementerian Luarnya.

Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi dan telah mengekalkan dasar pro-Palestin yang teguh dalam forum antarabangsa. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close