Berita UtamaUtama

Bangunan KWSP terbakar

 

PETALING JAYA, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar jam 12 tengahari tadi.

Setakat jam 12.30 tengahari ini, punca kebakaran masih belum dapat dikenalpasti.

Orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian turut berkongsi gambar dan video di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan, bangunan itu sedang dijilat api marak dan menghasilkan asap hitam.

Maklumat awal dari wakil KWSP seperti dilapor Astro Awani, memaklumkan keadaan api sudah terkawal.

Maklumat lanjut mengenai kemalangan jiwa dan kecedaraan masih belum diketahui.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close