Berita UtamaUtama

WAFIQ bantu UNI-MLC pantau 3,000 hotel patuh aku janji pekerja bertudung

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menyambut baik aku janji lebih 3,000 hotel untuk menarik balik larangan bertudung terhadap pekerja wanita Islam baru-baru ini.

Presidennya, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, aku janji berkenaan mesti dipatuhi bagi mengelakkan diskriminasi terhadap pekerja wanita tidak berulang lagi.

“Terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia yang mengadakan inisiatif ini. Kita harap kementerian akan terus memantau implementasi aku janji berkenaan,” katanya.

Khamis lalu, tiga persatuan berkenaan ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA), yang mewakili lebih 3,000 hotel di negara ini.

Serentak itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengesahkan akan memantau semua hotel terlibat, khususnya yang bertaraf antarabangsa dalam tempoh sebulan.

Dr Rafidah berkata, WAFIQ akan membantu UNI-MLC dalam memastikan aku janji dilaksana secepat mungkin.

“Kita mahu aku janji berkenaan mengikut ‘time-frame’ yang diberikan, tidak sekadar atas kertas tetapi arahan yang mesti dipatuhi.

“Ia supaya kemelut pekerja yang tidak dibenarkan berhijab dapat diselesaikan dan tidak berulang,” katanya.

Isu larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan hotel pernah didedahkan oleh UNI-MLC sebelum ini, selepas menerima aduan berhubung tindakan diskriminasi tersebut.

Isu itu mendapat perhatian banyak pihak sejak ia didedahkan, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Ia turut menerima respon daripada MAH yang mempertahankan tindakan hotel melarang wanita Islam bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebagai sebahagian dasar dan prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close