DuniaEropahUtama

Masjid diserang di utara Netherland

Penyerang tidak dikenali cuba bakar masjid di bandar Drachten

DRACHTEN, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Sebuah masjid di utara bandar ini cuba dibakar pihak tidak dikenali, kata Pengurus Pusat Yayasan Islam Drachten, Khalid Bennaceur, semalam.

Katanya, masjid itu yang diuruskan yayasan berkenaan, kerap didatangi penduduk yang kebanyakannya kelahiran Maghribi

“Jemaah masjid yang datang untuk solat Subuh memberitahu mereka terhidu bau bahan pembakar di dalam masjid itu.

“Ketika kami datang untuk solat Zohor, kami menyedari bahawa terdapat kesan kebakaran pada dinding dan tingkap pula dipecahkan di bahagian belakang masjid itu,” katanya.

Serangan itu dipercayai dilakukan kira-kira jam 4 pagi, semalam. Pelaku kejadian itu dipercayai melarikan diri selepas kebakaran.

Katanya, polis telah memulakan siasatan terhadap kejadian itu. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close