DuniaEropahUtama

Pesawat penumpang Russia terhempas

MOSCOW, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Sebuah pesawat domestik Russia yang membawa 71 penumpang dan anak kapal yang berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo, terhempas, sebentar tadi.

Semua penumpang dan anak kapal dikhuatiri terbunuh selepas pesawat itu terhempas berdekatan bandar Ramenskoe, kira-kira 40 kilometer dari lapangan terbang kedua terbesar di Moscow.

Kakitangan pencari dan penyelamat mengesahkan menerui pesawat Antonov An-148 milik syarikat penerbangan Saratov Airlines di pinggir Moscow, lapor agensi berita Russia, Tass.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Moscow ke Orsk, membawa 65 penumpang dan enam anak kapal.

Serpihan pesawat telah ditemui, tetapi tiada penumpang atau anak kapal yang selamat,” kata perkhidmatan kecemasan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close