Berita UtamaDunia

Mesir lancar operasi keselamatan besar-besaran hapuskan pengganas di Sinai

KAHERAH, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Mesir melancarkan operasi keselamatan besar-besaran ke atas kumpulan militan pengganas di Delta Nil dan Semenanjung Sinai.

Tentera Mesir mengumumkan pelancaran operasi itu pada Jumaat lalu, meletakkan sasaran menghapuskan militan menjelang akhir bulan ini.

Tempoh itu ditetapkan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi yang mengarahkan tentera menghapuskan militan di Sinai Utara dalam tempoh tiga bulan, selepas serangan ke atas sebuah masjid mengorbankan kira-kira 300 orang.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, polis dan anggotanya diletakkan dalam keadaan bersedia sepanjang Operasi Sinai 2018.

“Pasukan penguatkuasa undang-undang bermula pagi ini (semalam) melaksanakan pelan konfrontasi menyeluruh ke atas pengganas dan organisasi di utara, tengah Sinai serta kawasan-kawasan lain di Delta Nil.

“Ia adalah langkah tambahan kepada latihan dan operasi lain ke atas semua arahan strategik untuk mengetatkan kawasalan pelabuhan Mesir,” kata jurucakap tentera, Kolonel Tamer Rifai.

Pasukan keselamatan negara itu sering menjadi sasaran serangan kumpulan pemberontak sejak tentera mengambil alih pentadbiran daripada presiden Mohamed Morsi pada 2013.

Kempen itu, yang membabitkan tentera, tentera laut, udara, peronda sempadan dan polis dilakukan sebelum pilihan raya bulan depan yang mana Sisi bertanding untuk penggal kedua.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close