TULAR

‘Anakonda’ Sarawak dibunuh

Ular sawa dipercayai terbesar pernah ditemui di Malaysia

SEEKOR ular sawa seberat kira-kira 200 kilogram dan panjang sehingga 7.16 meter dilaporkan ditemui dan dibunuh penduduk kampung dekat rumah panjang Amin, Kelawit di Tatau, Sarawak, semalam.

Ular itu ditemui seorang pemburu kira-kira jam 4.45 petang sebelum mendapatkan bantuan rakan-rakannya untuk menangkap ‘anakonda’ itu.

Ular yang dipercayai terbesar pernah ditangkap di Malaysia setakat ini, dibawa keluar dari hutan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk dipamerkan kepada penduduk, yang rata-rata terkejut melihat ular berkenaan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close