Berita UtamaDunia

Dua maut, 75 cedera serangan di masjid Benghazi

TRIPOLI, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Dua orang terbunuh manakala 75 yang lain cedera dalam serangan berkembar di dalam sebuah masjid di timur Benghazi, Libya semalam.

Letupan dipercayai bom itu berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat di sebuah masjid kecil yang terletak di daerah Majouri.

Menurut sumber tentera, peranti yang diletakkan di dalam beg di pintu masjid terbabit dipercayai diaktifkan daripada jauh menggunakan telefon bimbit.

Dua minggu lalu, kira-kira 35 orang terbunuh dalam satu serangan bom yang disasarkan di sebuah masjid Benghazi, bandar kedua terbesar di negara itu.

Bandar ini dikawal Tentera Kebangsaan Libya (LNA), pasukan utama di timur Libya yang diketuai Khalifa Haftar.

LNA berjuang menentang militan Islam, termasuk yang mempunyai kaitan dengan Daesh dan Al-Qaeda serta penentang lain.

Haftar melancarkan kempen tentera di sini pada Mei 2014 sebagai tindak balas terhadap siri pengeboman dan pembunuhan yang dikatakan dilakukan militan Islam.

Haftar tidak mengiktiraf kerajaan Tripoli yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close