Berita UtamaDunia

Pakistan haramkan media promosi Hari Valentine

ISLAMABAD, 23 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Sekali lagi tahun ini, Pakistan mengharamkan sebarang acara dan saluran media mempromosikan Hari Valentine.

Arahan itu dikeluarkan selepas Mahkamah Tinggi Islamabad tahun lalu memutuskan sambutan tersebut melanggar dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (Pemra) sudah mengeluarkan amaran kepada stesen televisyen dan radio terhadap sebarang promosi peristiwa Hari Valentine.

“Tiada sambutan akan diadakan di peringkat rasmi atau mana-mana tempat awam,” kata Pemra.

Larangan itu bermula tahun lalu, yang turut diterima parti Islam, mengesahkan sambutan Hari Valentine adalah import budaya dari Barat dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Hari Valentine semakin popular dalam kalangan golongan muda di Pakistan, yang mengamalkan tradisi menyambutnya dengan memberikan kad, coklat dan bunga kepada kekasih.

Kebanyakan orang muda di kalangan majoriti 60 peratus penduduk Islam di bawah umur 30 tahun, termasuk pertubuhan-pertubuhan komersil kebelakangan ini mengamalkan tradisi menyambut Hari Valentine dengan jualan bunga dan coklat.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close