Berita UtamaUtama

Isu telefon bimbit: Usah tuding jari pada guru

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 23 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik peringatan Kementerian Pelajaran untuk tidak membenarkan golongan pendidik membawa atau menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah.

Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, larangan itu perlu bagi memudahkan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Bagaimanapun beliau berkata, iGuru berharap larangan pihak kementerian itu bukanlah kesan daripada rentetan kes kecurian telefon bimbit melibatkan seorang pelajar perempuan yang cuba membunuh diri di Nibong Tebal, baru-baru ini.

[restrict …]”Kita harap larangan itu bukan daripada rentetan kes kecurian telefon bimbit, yang menyebabkan timbalan menteri terus mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan telefon bimbit itu.

“Isu yang berlaku tidak harus menunding jari kepada kesalahan guru semata-mata, tetapi harus dilihat kepada pembentukan akhlak dan nilai murni di dalam jiwa pelajar,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut Ustaz Azizee berkata, pendidikan bukan sahaja mengenai penyampaian ilmu dan penggunaan bahan PdPc di dalam bilik darjah, tetapi juga pembentukan nilai serta adab dalam jiwa pelajar.

“Langkah larangan lebih menimbulkan ketidakselesaan pada guru, bahkan ia tidak selari dengan kehendak pendidikan masa kini iaitu Pendidikan Abad 21,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kalamanathan dilapor melarang guru membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, namun boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru.

Kenyataan itu bagaimanapun menjadi pertikaian Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), yang memohon penjelasan lanjut kementerian berhubungan larangan berkenaan.

Susulan itu, Kamalanathan menjelaskan bahawa larangan tersebut hanya diguna pakai terhadap penggunaan telefon bimbit bagi urusan persendirian dan tidak boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

“Guru-guru boleh menggunakan peranti mereka sebagai salah satu bahan dalam PdPc di mana ianya membantu dari segi Pendidikan Abad ke-21,” jelas Kamalanathan.

[/restrict]

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close