Berita UtamaDunia

31 orang awam terbunuh serangan udara di Syria

Serangan rejim Bashar al-Assad turut menyebabkan 65 lain cedera

BEIRUT, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 31 orang awam termasuk 12 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan kumpulan pemberontak di Ghouta Timur, semalam.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan udara rejim Bashar al-Assad itu menyasarkan beberapa bandar di rantau berkenaan termasuk Douma, Beit Sawa dan Hammouriyeh.

Kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu memaklumkan, serangan udara berkenaan turut menyebabkan 65 orang cedera.


Kerajaan Bashar sebelum ini berulang kali mendakwa bahawa serangan yang dilakukan rejim dan sekutunya itu hanya menyasarkan kumpulan militan.

Selasa lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya gencatan senjata di Syria perlu dikuatkuasakan sekurang-kurangnya sebulan.

Wilayah Ghouta Timur dianggap sebagai zon konflik yang membimbangkan selepas hampir tujuh tahun dihimpit krisis perang, dan tidak menerima sebarang bantuan daripada agensi kemanusiaan sejak November.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close