Berita Utama

PM menghadap Agong di Istana Negara

Difahamkan, Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara

KUALA LUMPUR, 28 Syawal 1442H, Rabu – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.

Secara kebiasaannya, Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button