Berita Utama

PDRM lancar Unit Siasatan Lebuh Raya

ULU BERNAM, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Polis menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melancarkan pasukan Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) bagi menyiasat kes kemalangan ringan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan itu bertanggungjawab menjalankan siasatan bagi kes kemalangan ringan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan.

“Kita pada awalnya menguji keberkesanan unit ini sepanjang 66 kilometter antara Senawang dan Sungai Besi pada 2016.

“Unit ini telah menyiasat 812 kes kemalangan dan lebih 400 pengguna lebuh raya memberikan maklum balas positif,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, unit itu dibahagikan kepada tiga zon, iaitu utara, tengah dan selatan.

“Zon utara meliputi Perlis ke Ipoh, zon tengah pula Ipoh ke Seremban dan zon selatan merangkumi Seremban ke Johor.

“Pada awalnya, unit ini hanya mempunyai dua pegawai dan tujuh anggota sahaja, dan merancangkan untuk turut melaksanakannya di Sabah serta Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Op Selamat 12/2018 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, hari ini.

Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina dilancarkan selama 15 hari bermula 9 hingga 23 Februari ini, yang memfokuskan kepada pencegahan kes jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close