Berita Utama

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 2,640 orang

KUCHING, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,640 orang merangkumi 727 keluarga setakat tengah hari ini dan kesemua mereka ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, jumlah tersebut menyaksikan pertambahan 320 orang berbanding 2,320 mangsa yang dicatatkan pagi tadi.

Beliau berkata, jumlah mangsa di Samarahan dan Bintulu bertambah berbanding pagi tadi manakala di Kuching, Serian dan Mukah kekal.

“Di Samarahan, jumlah mangsa bertambah kepada 1,471 mangsa daripada 1,154 yang dicatatkan pagi tadi manakala di Bintulu bertambah tiga mangsa kepada 180 orang berbanding 177 pagi tadi.

“Di Kuching jumlah mangsa ialah 240 orang, Serian (562) dan Mukah (187),” katanya dalam satu kenyataan di sini.-   Bernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close