Berita Utama

Gempa bumi gegar pantai timur Taiwan

TAIPEI, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan bandar Hualien di pantai timur Taiwan, malam tadi.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku pada kedalaman 4.9 kilometer itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan teruk.

Agensi pemantauan gempa bumi mencatatkan tujuh gegaran yang berlaku ketika itu, dengan rekod terkuat pada 5.8 magnitud dan kedalaman 16 kilometer.

Kejadian gempa bumi sering melanda Taiwan, namun berlaku dalam skala kecil dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan serius.

Bagaimanapun, gempa bumi berskala kecil itu pernah melanda selatan Taiwan dan menyebabkan 12 orang terkorban dalam kejadian itu pada 2016.- Agensi

Papar selanjutnya

Artikel berkaitan

Back to top button
Close