Berita Utama

Tujuh terbunuh letupan di Gaza

SEMENANJUNG GAZA, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh dalam satu insiden letupan di sini, semalam.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, insiden letupan yang dipercayai berlaku di sebuah rumah itu turut menyebabkan 30 penduduk lain cedera.

Dalam pada itu, polis memaklumkan bahawa seorang daripada ahli keluarga berkenaan menghalakan tong gas ke arah api ketika mereka bertengkar dan menyebabkan letupan berlaku.

Saksi kejadian dilaporkan mendakwa, letupan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan dua tingkat tersebut.

Setakat ini, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close