Dunia

Israel-Maghribi tandatangan perjanjian penerbangan?

Jadi negara Arab ke-3 benar penerbangan terus ke atau dari Tel Aviv

RABAT, 9 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Israel dan Maghribi menandatangani perjanjian pada Khamis untuk mengendalikan penerbangan langsung antara negara masing-masing, menurut akhbar tempatan. 

Perkara itu didedahkan akhbar Yedioth Ahronoth tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai perjanjian.

Difahamkan, pihak berkuasa Maghribi juga masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung laporan perjanjian itu.

Ia adalah perjanjian penerbangan ketiga yang ditandatangani baru-baru ini antara Israel dengan negara-negara Arab, setelah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain. 

Pada 10 Disember lalu, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa Maghribi dan Israel bersetuju untuk menormalkan hubungan.

Maghribi menjadi negara Arab keempat yang bersetuju untuk normalisasi dengan Israel pada tahun 2020, selepas UAE, Bahrain dan Sudan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button