Berita UtamaDunia

10 maut dalam letupan masjid di Kabul

Kemungkinan ramai lagi yang terkorban

KABUL, 28 Ramadan 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 30 yang lain cedera susulan letupan di sebuah masjid di ibu negara Afghanistan, Kabul selepas solat Jumaat.

Letupan berlaku di kawasan Serahi Alauddin di bandar berkenaan, lapor saluran berita swasta Afghanistan, TOLO yang memetik seorang saksi kejadian.

Jurucakap Taliban bagi Ketua Polis, Khalid Zadran berkata, saksi menyatakan mereka bimbang ramai lagi yang maut.

Emergency – sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan rawatan perubatan dan pembedahan percuma kepada orang awam Afghanistan – dalam hantaran di Twitter berkata, seramai 20 orang yang cedera dirawat di hospital berikutan letupan itu.

Sekurang-kurangnya dua kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan keluarga mereka berada di dalam Masjid Khalifa Sahib ketika serangan itu, kata Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq pada Jumaat.

Beliau mengutuk serangan berkenaan dalam ‘istilah terkuat’ menyebutnya yang terbaru dalam siri serangan sewenang-wenangnya ke atas sasaran awam.

Selain itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter pada Jumaat mengutuk serangan itu, yang berlaku beberapa hari sebelum akhir Ramadan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya letupan hari ini di sebuah masjid di daerah ke-6 Kabul. Pembunuhan kejam seperti itu ketika puasa ini adalah kerja kalangan yang tidak ada kena mengena dengan Islam atau negara.

“Emiriah Islam merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Pelaku jenayah ini akan segera ditemui dan dihukum, insya-Allah,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button