Berita Utama

Guru berpolitik: ‘Kenyataan Mahdzir sekadar nasihat seorang bapa kepada anak’

BANGI, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengingatkan warga pendidik supaya berpada-pada dalam berpolitik hanyalah nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya.

Pejabat Media dan Komunikasi Menteri Pendidikan menjelaskan, kenyataan itu bukan seperti yang dilapor dan ditularkan sejak semalam.

“Beliau hanya menasihati agar semua orang khususnya penjawat awam menggunakan ‘wisdom’ dalam membuat keputusan sewaktu mengeluarkan kenyataan terhadap kerajaan dik kerana anda berkhidmat untuk kerajaan demi rakyat,” kata pejabat itu menerusi Twitter, semalam.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah, Mahdzir dipetik mendakwa kakitangan awam, pegawai jabatan pendidikan dan guru dihalang daripada menyertai mana-mana parti pembangkang atau mengkritik kerajaan.

Malah Mahdzir dipetik berkata, tindakan disiplin akan dikenakan terhadap guru dan pegawai kementerian yang menyokong pembangkang.

Bagaimanapun, pejabat menteri itu berkata, peringatan Mahdzir kelmarin hanya sekadar menasihati penjawat awam khususnya warga pendidik supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang memberi kesan negatif.

“Sebarang kenyataan dibuat mungkin dapat menganggu gugat posisi di dalam sektor awam.

“Makanya, beliau hanya menasihati agar jangan membuat kenyataan yang akan memberi kesan negatif kepada diri masing-masing pada masa hadapan, bukan seperti ditularkan. Sekian, terima kasih,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close