Berita UtamaUtama

Belgium bakal sumbang dana bantu agensi pelarian Palestin selama tiga tahun

BRUSSELS, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Belgium telah berjanji untuk menderma 19 juta euro (AS$23juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) selepas Amerika Syarikat mengumumkan akan mengurangkan pembiayaan kepada agensi itu.

Timbalan Perdana Menterinya, Alexander De Croo dalam satu kenyataan berkata, Brussels akan memperuntukkan dana berkenaan selama tiga tahun.

“Saya memandang tinggi terhadap kerja-kerja UNRWA dan menghormati mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka beroperasi dalam keadaan yang paling sukar dan berbahaya.
Keadaan hidup di Gaza, Syria, Tebing Barat dan di tempat lain di rantau ini amat sukar.

“Pembayaran tahun pertama sedang dikeluarkan dengan segera memandangkan kesulitan kewangan yang dihadapi oleh UNRWA sekarang”, kata kenyataan itu.

Washington mengumumkan pada hari Selasa ia menahan AS$ 65 juta daripada pakej bantuan AS$125 juta yang diperuntukkan bagi agensi itu.

“Bagi banyak pelarian Palestin, UNRWA adalah tempat harapan terakhir. Dengan bantuan UNRWA, setengah juta kanak-kanak Palestin dapat pergi ke sekolah, ini menghalang mereka daripada menjadi mangsa radikalisasi dan keganasan yang melampau,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close