Berita UtamaDuniaUtama

Imam gay Australia mahu bina masjid LGBT

MELBOURNE, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Seorang lelaki warga Australia yang mengakui secara terang-terangan memiliki kecenderungan seksual songsang, kini berhasrat mahu menubuhkan sebuah masjid ‘gay’.

Nur Warsame yang pertama kali mendedahkan dirinya sebagai ‘imam gay’ pada 2010 berkata, dia memutuskan membuka sebuah masjid yang akan menyambut golongan LGBTQ selepas mendakwa, dia menghadapi “kesengsaraan” dari remaja Islam yang lain.

Warsame kini dilaporkan berhubung rapat dengan beberapa ahli dermawan untuk membina masjid, yang juga akan berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi kebanyakan Muslim muda yang telah dipinggirkan dari keluarga dan masyarakat kerana jantina atau seksualiti mereka.

Warsame pernah menjadikan biliknya di sebuah apartment sebagai tempat perlindungan kerana mereka tidak mempunyai arah tuju.

Homoseksual atau liwat dilarang di bawah undang-undang Syariah. Ia dinisbatkan kepada kaum Nabi Luth, kerana mereka yang pertama kali melakukan perbuatan tercela itu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close