Berita Utama

Johor, Pahang kena sedia kemungkinan gelombang kedua banjir

BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Penduduk di beberapa daerah di Johor dan Pahang perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

Ia berikutan ramalan hujan lebat yang dijangka berterusan di negeri itu sehingga Jumaat ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca buruk itu membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai.

Ia juga melibatkan dua daerah di Pahang iaitu Pekan dan Rompin.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada membabitkan beberapa lagi daerah di Johor termasuklah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Tidak terkecuali daerah Kuantan, Maran serta Bera, Pahang.

Amaran itu turut dikeluarkan ke atas Melaka (Jasin) dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Sarikei dan Mukah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close