Berita UtamaDunia

Ketua Liga Arab ke Moscow bincang perang Palestin-Israel

Kurangkan provokasi elak lebih banyak pertumpahan darah

NEW YORK, 23 Rabiulawal 1445H, Isnin – Ketua Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit akan ke Moscow bagi mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavror berhubung situasi di Palestin.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Mesir selama tujuh tahun terakhir ketika pemerintahan Hosni Mubarak itu akan membincangkan tindakan berterusan di Semenanjung Gaza, kata jurucakap Liga Arab yang berpangkalan di Mesir.

Selepas keganasan meletus Sabtu lalu, Russia menyuarakan kebimbangan dan menyeru kedua-dua pihak, Palestin dan Israel menghentikan serangan.

Moscow berkata, rundingan yang sewajarnya diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka dengan ibu kota di Baitulmaqdis Timur.

“Kami menganggap peningkatan berskala besar sebagai satu lagi manifestasi yang berbahaya, berpunca daripada kegagalan mematuhi resolusi PBB dan Majlis Keselamatan dan sekatan Barat terhadap kerja Timur Tengah.

“Kuartet pengantara antarabangsa terdiri daripada Russia, AS, kesatuan Eropah (EU) dan PBB,” kata Jurucakap Kementerian Luar Maria Zakharova.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa usaha diplomatik diperkukuhkan di Timur Tengah bagi mencegah konflik berterusan.

Pihaknya menegaskan hanya melalui rundingan yang akan membawa kepada penyelesaian dua negara boleh dicapai.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk pula menyeru keganasan dihentikan segera dan semua pihak di kedua-dua negara perlu mengurangkan provokasi bagi mengelak pertumpahan darah.

Dalam pada itu kerajaan Jerman kini sedang mengkaji untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin.

Menteri Pembangunan Svenja Schulze berkata, pihaknya sentiasa memantau kewangan untuk digunakan bagi proses pendamaian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button