Berita Utama

Berkabung kematian artis Korea budaya kafir, haram: Mufti Perak

BANGI, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussaini Zakaria berkata, haram bagi orang Islam menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan membawa belon dan lilin.

Mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan Korea, Jong-hyun baru-baru ini, Harussaini menyifatkan perbuatan itu sebagai budaya kafir dan tidak patut menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Semalam, kira-kira 100 peminat ahli kumpulan Shinee itu berkumpul di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek, Kuala Lumpur sebagai memperingati kematian penyanyi tersebut.

Rata-rata mereka berhimpun dengan membawa lilin dan belon sebagai simbolik pemergian Jonghyun pada 18 Disember lepas, yang dilaporkan membunuh diri.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close