Berita UtamaDuniaUtama

Orang ramai diminta waspada melabur dalam Bitcoin

SINGAPURA, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pelaburan dalam mata wang Kripto.

MAS berkata, risiko kejatuhan mendadak harga adalah tinggi ekoran tiada perlindungan kawal selia untuk pelaburan dalam mata wang Kripto.

Katanya, orang ramai mungkin tertarik untuk melabur dalam mata wang kripto seperti Bitcoin, disebabkan kenaikan mendadak dalam harganya baru-baru ini.

“Namun, pelabur harus sedar bahawa mereka menghadapi risiko kehilangan semua modal mereka.

“Mata wang Kripto tidak sah diperlakukan. Ia tidak dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan dan tidak disokong oleh mana-mana aset atau pengeluar,” katanya.

Setakat hari ini, mata wang Bitcoin mencecah harga RM74,849 (mengikut Ringgit Malaysia).

Mata wang Kripto adalah satu bentuk token digital yang dijamin oleh kriptografi dan biasanya digunakan sebagai medium pertukaran, unit akaun atau penyimpan nilai. Contoh mata wang kripto ialah Bitcoin, Ether dan Litecoin. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close