Berita UtamaDuniaUtama

Remaja Palestin koma ditembak rejim Israel

TEBING BARAT, 30 Rabiulawal 1439H Selasa – Seorang remaja Palestin berusia 14 tahun koma selepas ditembak tentera rejim Israel menggunakan peluru getah.

Mohammed Tamimi ditembak ketika menyertai protes bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, di kampung Nabi Saleh di Tebing Barat, semalam.

Sepupu Mohammed, Manal Tamimi berkata, peluru itu memasuki muka remaja itu di bawah hidungnya dan memecahkan rahang, sebelum mengenai tengkoraknya.

“Darah mengalir seperti air pancut. Ia sangat menakutkan, tidak ada yang tahu apa yang perlu dilakukan, kami takut dia mati,” katanya.

Difahamkan, Mohammed menjalani prosedur selama enam jam melibatkan tujuh pakar bedah Palestin di Hospital Istishari berhampiran Ramallah.

Para doktor mengeluarkan peluru dan membina semula rahangnya.

“Keadaannya sangat kritikal. Berkemungkinan dia mengalami kerosakan terhadap penglihatan dan pendengarannya,” kata pakar perubatan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close