Berita UtamaUtama

‘Ingat barang saja GST, ibadah pun GST’: Ulas pembaca Ismaweb

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – ‘Ingatkan barangan saja dikenakan GST, rupanya ibadah juga ada GST.’

Demikian antara sindiran dan keluhan rata-rata pengguna media sosial dan pembaca Ismaweb.net yang tidak berpuas hati serta membantah pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

Rata-rata netizen menyelar tindakan kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) menguatkuasakan IMAMS bermula hari ini, yang turut merangkumi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10 selain bayaran tambahan berjumlah RM85.

“Nak beribadat pun kena GST, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka yang teraniaya. Semoga Allah memberi pembalasan kepada mereka yang menyusahkan orang lain,” tulis Aziah Mat.

“Astaghfirullah, kenapa sampai mengerjakan umrah pun dikenakan GST? Miskin betulkan kerajaan ini,” kata Royal Sanchez.

Pemilik akaun Facebook, Salwa Keluarga Safeforeveraamin berkata, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab menjelaskan sebab dikenakan GST dalam pembayaran umrah kepada rakyat.

“Kerajaan elok perjelas kenapa GST dikenakan…..Jangan sebut saja dikenakan, segelintir rakyat tidak faham,” tulisnya.

“Sepatutnya perkara berkaitan agama Islam perlu dirujuk kepada pihak berkenaan agama Islam dan bukannya kementerian pelancongan,” tulis Khori Kasim.

“Dah tak berduit sangat ke kerajaan sampaikan nak beribadah pun kena GST? Ini dia PM yang mendaulatkan Islam,” kata Liah Qamar.

Muhammad Hamzi meluahkan kekesalan dengan sikap kerajaan kerana menjadikan ibadah sebagai barang dagangan, selain mengakui ianya bakal membebankan bakal jemaah untuk ke Tanah Suci.

“Dah macam negara komunis, semua nak dikaut,” tulis Khairil Anuar.

“Kalau penunggang agama buat keputusan, inilah jadinya,” kata Salmah Salleh.

Ismaweb.net menerusi laporan eksklusifnya pada Oktober lalu mendedahkan berkenaan program IMAMS yang dikendalikan oleh sebuah swasta yang membuat cadangan kepada kementerian, satu sistem yang boleh diguna pakai serentak dengan penguatkuasaan Lesen Khas Umrah (LKU).

LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan umrah yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Menerusi IMAMS, syarikat itu akan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans), daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker