Dunia

237 juta dos vaksin COVID-19 diperuntuk bawah pelan COVAX

142 negara dijangka terima bekalan secara adil hujung Mei: WHO

GENEVA, 19 Rejab 1442H, Rabu – Sebanyak 237 juta dos vaksin COVID-19 diperuntukkan kepada 142 negara melalui pelan kemudahan COVAX yang akan diedarkan secara adil pada penghujung Mei ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata, 11 juta dos akan diberikan mulai minggu ini, termasuk untuk Angola, Kemboja, Republik Demokratik Kongo dan Nigeria yang mula menerima bekalan vaksin di bawah COVAX pada Selasa. 

Dalam kenyataan di Twitternya, Tedros berkata, 624,000 dos vaksin COVID-19 tiba di Angola, Afrika Selatan semalam, di mana pemberian awal akan mengutamakan petugas barisan hadapan dan kumpulan rentan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak. 

Sebelum ini, COVAX dalam kenyataan memaklumkan tempoh masa untuk penghantaran dos AstraZeneca akan terbahagi kepada dua fasa – iaitu Februari dan Mac (fasa pertama) dan fasa kedua (April dan Mei). 

“Garis masa ini bergantung pada berbagai faktor termasuk syarat peraturan, kesediaan bekalan dan keperluan kriteria seperti rancangan pemberian vaksinasi yang disahkan,” katanya. 

Peruntukan fasa pertama akan menggariskan pemberian dos vaksin AZ/Oxford (dikeluarkan AstraZeneca) dan COVISHIELD yang dibangunkan Serum Institute of India, kepada 142 peserta pelan COVAX. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button