Berita UtamaUtama

Perluaskan siasatan susu tiruan


JOHOR BAHRU, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat meminta siasatan melibatkan penjualan susu bayi tiruan diperluaskan.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu melakukan siasatan ke seluruh negeri dan tidak terhad di bandar raya sahaja.

Beliau menegaskan, langkah itu bertujuan untuk melindungi pengguna daripada menggunakan produk terbabit.

“Kami tidak menolak kemungkinan masih ada kes seperti ini.

“Jabatan Kesihatan meminta KPDNKK untuk memperluas penguatkuasaan mereka dalam hal ini ke setiap daerah di Johor,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Apresiasi J-Care yang diadakan di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close