Pendapat

Baitulmaqdis milik umat Islam: PACU

HARI ini kita telah menyaksikan pencerobohan terhadap kiblat pertama umat Islam. Maka, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas pengiktirafan Baitul Maqdis sebagai Ibu Negara Haram Israel.

Hal ini memperlihatkan bahawa puak Yahudi sengaja berbuat sedemikian untuk menyemarakkan api kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di samping itu, perkara ini melihatkan bahawa Trump, jelasnya kini proksi Yahudi, sedang berbangga menayangkan kekuasaannya setelah dilantik sebagai Presiden AS.

Pada pandangan kami, ini jelas memperlihatkan bahawa umat Islam hari ini ibarat buah-buah catur yang jelas disusun untuk dipijak seperti semut di atas tanah. Namun, umat Islam hari ini, hanya mampu senyap, sekadar melihat. Hari ini, Yahudi telah menunjukkan belang mereka, meratah dan menjajah tanah kita, tapi di manakah suara umat Islam hari ini? Kami merayu dan menyeru kepada masyarakat, keluarlah daripada kepompong keselesaan, kita telah lama dikijangkan, tiba masanya untuk kita mengeluarkan taring dan bertegas atas penghinaan terhadap umat Islam.

Bermula daripada tahun 1948, rakyat Palestin telah ditindas, diserang oleh sang Zionis. Namun, apa yang kita lihat hari ini, isu ini masih ditakuk sama. Mengapa? Kerana masayarakat kita hari ini hanya akan sedar dan bersuara apabila musim Palestin di serang, namun akan hanya senyap apabila tiada khabar berita dari bumi Gaza. Apabila reda, Islam seolah-olah kembali terhina dek kesenyapan kita.

Seharusnya, kita sebagai umat Islam hendaklah sedar akan hakikat bahawa usaha membebaskan Palestin ini takkan berakhir selagi mana kita sebagai umat Islam. Selagi mana kita masih alpa dan leka, semakin jauh daripada agamaNya, selagi itulah kita takkan menang. Hal ini adalah kerana kami di PACU percaya bahawa, Islam akan kembali bangkit apabila umatnya kembali meneguhkan Islam dalam diri mereka.

Oleh yang demikian, atas solidariti tanpa musim kepada rakyat Palestin, kami di PACU, melalui semua inisiatif pendidikan kami, akan terus teguh mendidik masyarakat hari ini dengan nilai sejarah dan kehebatan Islam. Akan kami suntikkan roh perjuangan Islam, agar panji kita kembali berkibar di puncak dunia seperti yang telah dilkukan oleh Hasan Ulubate suatu ketika dahulu.

PACU tidak pernah sesekali melihat isu Palestin sebagai isu bermusim. Melalui inisiatif Raudhatul Huffaz, Projek Tuseyn Ummah (ProTU), i-Backyard Science dan Darul Insyirah, kami terus menerus berusaha memasakkan nilai cinta kepada Islam dan membangkitkan semangat perjuangan dalam diri masyarakat dengan mengadvokasi dan mengtengahkan isu-isu berkaitan Palestin dalam modul-modul kami.

Bagi menyemarakkan lagi solidariti terhadap Palestin, pada 17 Disember 2017, 9 pagi-11 pagi PACU bersama Darul Insyirah serta Aman Palestin akan menganjurkan Ceramah Perdana dengan tema Perjuangan Palestin. Objektifnya adalah unutk menyebarkan fikrah dan kefahaman kepada masyarakat tentang pengorbanan dan  perjuangan rakyat Palestin dan umat Islam sejagat.

Sedarlah. Baitul Maqdis itu selamanya milik umat Islam. Tanah Umat Islam! 

 

En.Muhammad Hanafi bin Md. Muidnuddin

Pegawai Eksekutif Kanan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah

Cik Amalina Binti Annuar

Pegawai Komunikasi Korporat Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close