Berita Utama

KL guna pendekatan berlembut tangani penyebaran keganasan

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu melaksanakan pendekatan berlembut bagi menangani penyebaran aktiviti keganasan dan ancaman puak radikal.

Beliau berkata, pendekatan itu penting sebagai salah satu usaha memenangi pemikiran dan hati masyarakat melalui penyampai­an maklumat tepat terutama berkaitan pengetahuan serta konsep Islam sebenar.

Beliau menegaskan, Malaysia juga tidak pernah goyah memerangi penyebaran unsur keganasan di rantau Asia Tenggara bersama negara lain terutama di perairan Sulu dan Marawi.

Tegasnya, usaha tersebut dapat dilihat menerusi Rondaan Maritim Triliteral (TAP) bersama Indonesia dan Filipina yang dilancarkan sebelum ini.

“Asia Tenggara telah menjadi sasaran terutama apa yang berlaku di Marawi, Filipina. Kumpul­an seperti Abu Sayyaf, Jemaah Islamiyah (JI) dan Mujahidin sudah menyatakan secara terbuka kese­tiaan mereka kepada kumpulan militan Daesh. Kita akan menentang ancaman tersebut,” katanya seperti dilapor Utusan.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimiliki hasil daripada pengalaman dan pembelajaran bersama negara lain di seluruh dunia.

“Kita mengakui bahawa terdapat banyak perbezaan, tetapi harus diingat masalah ini merupakan satu bencana dan masalah besar yang tidak dapat diselesaikan jika kita cuba tangani sesuatu dengan sifar.

“Kunci utama adalah menerima perbezaan dan mencari titik persamaan masalah yang dihadapi untuk ditangani secara bersama. Saya percaya satu perkara yang kita semua boleh bersetuju pada hari ini ialah berhadapan musuh yang sama. Ini telah menyatukan kita dengan lebih banyak cara,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close