Berita UtamaUtama

Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu

BANGI, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya ke atas beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.

MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan, hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok (Rabu).

Amaran bahaya itu dikeluarkan di beberapa jajahan Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

Cuaca buruk itu turut melanda Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Dalam kenyataan sama juga, hujan lebat berterusan melanda daerah Gua Musang, Kelantan dan dua kawasan di Terengganu (Dungun, Kemaman) serta daerah Hulu Perak, Perak sehingga esok.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close