Berita UtamaUtama

Hujan lebat di Kelantan, Terengganu berterusan hingga Rabu

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di dua negeri Pantai Timur membabitkan Kelantan dan Terengganu.

Menerusi kenyataan yang dikemaskini jabatan itu setakat tengah hari tadi, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga Rabu (29 November) ini.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat itu dijangka melanda 10 daerah di Kelantan membabitkan Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Keadaan itu juga dijangka turut melanda negeri Terengganu.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca (waspada) membabitkan jajahan Lojing, Kelantan, Perlis dan Daerah Hulu Perak.

Ia turut dijangka melanda daerah di Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh dan Maran) serta dua daerah di Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Tidak terkecuali lapan daerah di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik dan Baling.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close