Komuniti

PEACE mengorak langkah membasmi masalah ateisme

 

KUANTAN, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Pusat Dakwah Dan Kecemerlangan Islam PEACE ( PEACE), Kelab Remaja Isma (KRIM) Pahang dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Pahang berganding bahu untuk menjayakan ceramah yang bertajuk “Al-Quran Dan Sains” di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan kelmarin.

Dr Zulhilmi Hasif selaku Ketua Unit Media Dan Promosi PEACE menyampaikan ceramah tersebut dengan penuh semangat dan bersahaja demi memastikan mesej yang ingin di bawa sampai.

Ceramah tersebut dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semua pelajar berasa teruja dengan kandungan ceramah yang di sampaikan. Menurut mereka ini merupakan kali pertama mereka mendengar ceramah sebegini.

“Al Quran Dan Sains” ini bertujuan untuk membawa para pelajar supaya lebih menghayati dan memperbetulkan semula persepsi- persepsi negatif terhadap al – quran.

Al- Quran merupakan mukjizat teragung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Di zaman kemuncak syair Arab, Al Quran turun dengan mengalahkan semua syair Arab. Kini, di zaman sains dan teknologi, al- quran sekali lagi menunjukkan keajaibannya dengan mengalahkan semua sains moden.

Banyak penemuan-penemuan sains moden pada abad kini yang hanya ditemui dalam tempoh 100 ke 200 tahun sebelum ini, sebenarnya telah diberitahu dalam al-quran 1400 tahun yang lepas. Sebagai contoh seperti proses kejadian alam semesta, kejadian manusia, dalam bidang geologi, fizik dan sebagainya.

PEACE juga berharap siri ceramah “Al-Quran Dan Sains” ini dapat menangani masalah “Atheism” iaitu fahaman yang menolak kewujudan Tuhan daripada berleluasa.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close