Berita UtamaUtama

Jangan iktiraf UEC, MCA ibarat api dalam sekam: Timbalan Presiden Isma

BANGI, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kerajaan sekali lagi didesak supaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan mengancam hasrat membentuk perpaduan nasional.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu mempunyai kuasa membuat kurikulum sendiri menggunakan perantaraan bahasa Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri tanpa kebenaran pengarah peperiksaan.

“Banyak masalah timbul sekiranya UEC diiktiraf. Apakah kurikulum yang akan diajar nanti? Di manakah kedudukan bahasa kebangsaan?,” soal Aminuddin kepada Ismaweb ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berjanji tidak akan berhenti daripada memperjuangan sijil itu.

Ka Siong dalam satu kenyataan semalam berkata, dia tidak takut dengan kritikan Perkasa dan akan mempertahankan UEC selaku Menteri Kabinet.

Aminuddin juga mempersoalkan, adakah parti Cina rasis dan anti-Islam itu sudah tidak lagi percaya kepada Perlembagaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

“Adakah negara akan melahirkan rakyat yang buta kepada sejarah negara, keadaan sosial dan jati diri bangsa Malaysia? Adakah MCA cuba untuk berkiblatkan kepada negara China atau negara-negara lain? Apa motif sebenar MCA?

“Semua ini menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Jelas MCA sebuah parti yang tidak mengendahkan dasar-dasar kerajaan. MCA amat jelas tidak menunjukkan sifat yang patriotik dan berusaha kearah perpaduan.

“Sebaliknya, jika UEC ini diluluskan maka ia akan menambah parah polirisasi kaum di negara ini. Apakah ertinya MCA duduk didalam kerajaan jika sikapnya tidak menyokong dasar dan polisi kerajaan?

“Ketika kerajaan berusaha untuk memperkukuhkan Bahasa kebnagsaan tapi MCA cuba pula untuk memperkukuhkan Bahasa Cina. Apakah ini satu tindakan yang wajar?

“Kita melihat ini tidak lebih hanya sekadar untuk mengaut undi Cina yang mana pimpinan MCA tahu bahawa nyawa mereka kini berada di hujung tanduk yang menunggu masa untuk berkubur.

“Amat malang buat rakyat dan negara ini jika nasib bangsa dipertaruhkan dengan sikap opportunis seperti ini. MCA bukan saja tidak layak berada di dalam kerajaan malah tidak layak untuk disokong sama sekali dalam PRU14 nanti. Ia ibarat api di dalam sekam, menangguk di air yang keruh,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close